Iklan

Tuesday 1 November 2011

TUGASAN 1

Tugasan 1B: Esei (20%)

Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut.

Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan isi serta kupasan masalah yang bernas dan ilmiah.

Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)

 
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru sekolah rendah, jelaskan isu berikut:

1. Kenal pasti masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
2. Bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah-masalah tersebut?

Panduan:
Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk menjawab.

Monday 31 October 2011

Perbezaan Sikap Ibubapa Tahun 1961 dengan Tahun 2011


Dulu ibubapa marah anak-anak jika dapat keputusan teruk di dalam peperiksaan.. Namun kini ??? Apalah nasib guru-guru sekarang.. Bila anak-anak dapat gred A itu semua usaha mereka dan anak-anak mereka tetapi bila dapat gred D atau F maka guru la ditunding jari hehe.. Guru ibarat lilin dibakar dan terbakar untuk menerangi orang lain..

Lagu Rasmi Hari Guru: Kami Guru Malaysia



Download:


GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan